Glitter Text Generator at TextSpace.net


Khamis, 6 Februari 2014

Kelahiran FIR-4

TAHUN 2009: Kemasukkan batch ke-3 SMA-MAIWP. Seramai 32 orang telah terpilih untuk menyertai satu kumpulan jihad di markas SMA-MAIWP. Malang tidak berbau, seramai 3 orang mujahid dan seorang mujahidah telah meneruskan perjuangan jihad di markas yang lain. Akan tetapi pada tahun tersebut juga kumpulan mujahid FIR-4 telah menerima seorang mujahid yang mempunyai kebolehan yang hebat yang Insya-Allah dapat membantu kumpulan jihad FIR-4 ini. Ni zaman pentadbiran Husni dan Najwa. Murobbi kami ketika ini ada dua orang, Ustaz Syukri dan Ustazah Halimatun Saadiah. Zaman ni semua baru nak kenal hati budi masing-masing. Alhamdulillah ukhwah kami terjalin erat dalam masa yang agak singkat. Inilah zaman ketidakmatangan dan kecomelan.

TAHUN 2010: Kumpulan jihad Fir-4 diketuai oleh 'Omar sambil dibantu oleh Nur Fasihah. Kini, kumpulan mujahid FIR-4 dapat meneruskan operasinya dengan mempunyai pejabat operasinya di pejabat 2 Firdaus. Walau begitu, markas kami telah menghantar seorang penasihat baru iaitu Ustazah Nurul Hasfarina. Pelbagai cabaran dan dugaan yang kami hadapi dalam proses menjadi seorang mujahid dan mujahidah yang soleh dan solehah. Hasilnya, kami dapat memangkul kemenangan dalm pertandingan pejabat paling bersih. Namun begitu semua itu dapat kami hadapi dengan seadanya. Zaman ini jugalah berlakunya "كأس العالم". Kesian Ustazah Nurul Hasfarina kena jawab. Stress Ustazah dibuatnya. Inilah juga zaman di mana hamper chocolate dihantar kepada Cikgu Sulnalti. Ilmu kumpulan jihad Fir-4 semakin bertambah di bumi tarbiyah SMA-MAIWP.

TAHUN 2011: Zaman getir kumpulan jihad Fir-4 yang akan menduduki PMR. Kerisauan murobbi-murobbi kami menebal apabila Alif Fitri seorang sahaja yang 9A ketika Peperiksaan Pertengahan Tahun. Murobbi-murobbi merancang 'ERTI PMR' untuk kami yang sedikit-sebanyak mampu membuka mata hati kami untuk bekerja lebih keras lagi. Api lilin yang menyala seketika cuma menandakan bahawa kami sudah tiada masa. Kelas tambahan makin bertambah. Seminggu berkampung di Wisma Zelan dibawah kelolaan Cikgu Norhazami Hashim untuk Matematik. Bahasa Melayu oleh Cikgu Siti Aishah Zainudin. Bahasa Inggeris oleh Teacher Siti Rahayu Baharin. Bahasa Arab pula pimpinan Ustazah Suriani Komeng. Sir Shaiful Anuar pegang Sains. Cikgu Roslizawani dan Cikgu Salina membimbing dalam Kemahiran Hidup Bersepadu. Cikgu Roslina buat kali pertamanya memegang Geografi kami selepas Cikgu Noraini. Bermatian Cikgu Nor Hafeza Mohtar untuk Sejarah. Dan juga Ustaz Syukri bagi Pendidikan Islam. Alhamdulillah kumpulan jihad yang berada di bawah pimpinan Afiq Shah dan Nurul Anishah ini mampu memperoleh 25 9A sekaligus meraih sekolah terbaik Kuala Lumpur.

TAHUN 2012: Tahap pemikiran harus berubah walaupun hati kami berat untuk meninggal zaman keanak-anakkan itu. Perlu mula menjadi lebih matang. Zaman getir juga kerana adanya Sijil Menengah Agama aka Sijil Menuju Akhirat. Bertambah getir apabila sukatan pelajaran baru dan adanya subjek tambahan baru iaitu Tarikh Islami yang di bawah pantauan Ustaz Kashful Anuar dan Balaghah oleh Ustazah Jamaliah. Tafsir Hadis pada awalnya Ustaz Wan Ubaidillah berpindah tangan kepada Ustazah Nurul Hasfarina. Ustaz Yusri setiausaha SMA kami mendidik kami bagi madah Tauhid Fiqh. Namun, beliau mengejutkan kami dengan perpindahan beliau. Kami hanya mampu merelakan pemergian beliau dengan tangisan. Tauhid Fiqh diserahkan kepada Ustaz Hafiz Suliman. Setiausaha SMA diganti oleh Ustazah Hidayah dan Ustazah Nabilah. Ustazah Hidayah membentuk ilmu Nahu Sorof kami. Ustazah Nabilah bekerjasama dengan Ustazah Jamaliah bagi Mutolaah Insyak Balaghah. Alhamdulillah sekali lagi SMAMAIWP sekolah terbaik Selangor. Izzuddin pelajar terbaik SMA di KL Selangor. 20 Mumtaz 9 Jayyid Jiddan. Subjek akademik juga tidak terlalu ditinggalkan kerana SMA.

TAHUN 2013: Saat-saat getir yang tiada penafian lagi. Sijil Pelajaran Malaysia menanti di hadapan. Guru-guru juga ada rombakan. Kelas yang berasingan dan berseorangan di bangunan pentadbiran bersama guru-guru. Perfect Score sentiasa dari bangunan lama sehinggalah ke bangunan besar tu. Bahasa Melayu dibimbing Cikgu Zahura yang turut dibantu Cikgu Noraini dan Umi Hayati di saat-saat akhir. Cikgu Suriati memberi panduan ketika tingkatan 4. English ditatang sepenuhnya oleh Teacher Anisah Muhd. Bahasa Arab juga dibimbing sepenuhnya oleh Ustazah Hajah Siti Halinah Sidek. Matematik oleh Teacher Nor Zuraina di tingkatan 5 dan Cikgu Ashekin di tingkatan 4. Matematik Tambahan sepenuhnya oleh Cikgu Noor Hazwani Adam. Namun dibantu di saat-saat akhir Cikgu Rohaiza.  Biologi juga sepenuhnya oleh Cikgu Nurul Huda. Kimia dipelihara rapi oleh Teacher Sulnalti. Cikgu Muniyuslita dan Cikgu Norhazami pula berkongsi ilmu fizik. Pendidikan Syariah Islamiah diterapkan oleh Ustaz Yusri dan berpindah tangan kepada Ustaz Syukri. Pendidikan Quran Sunnah sempat diturunkan ilmu oleh Ustazah Akma sebentar sebelum diserahkan kepada Ustazah Rozita. Pra-STAM turut ditekankan sehingga Pertengahan Tahun oleh Ustazah Nabilah, Ustaz Kashful, Ustaz Hafiz, Ustaz Tarmizi, Ustaz Syukri dan Ustazah Jamaliah. Bagaimanalah keputusan kami? Tunggu sajalah. Saat yang paling sukar adalah saat perpisahan. Namun, setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Lima tahun ukhwah ini terjalin erat.

Ya Allah, kau peliharalah dan pereratkanlah lagi ukhwah kami di jalan-Mu.. Moga ukhwah ini tidak dirobek dengan mudah.......~

Jumaat, 21 Jun 2013

Kem Skuad Mumtaz 2012 ~Cintakan Ilmu, Mantapkan Amal, Merintis Jejak Ulama' Agung~

Pada 12 Oktober 2012 hingga 14 Oktober 2012, kami (29 orang) ahli 'FIR-4' telah menyertai satu kem... Kem ni diadakan khas untuk kami, 'FIR-4'... Terima kasih Ustaz Kash, Ustaz Hafiz, Ustaz Yusri(yang plan kem ni dah lame), Ustazah Nurul, Ustazah Jamaliah, Ustazah Nabilah and Ustazah Hidayah... Terima kasih jugak kpd PIBG yg sanggup berlakon seolah-olah PIBG menganjurkan kem ni sebab JPWP x approved kerja kursus kem ni... PIBG jugak yg tanggung semua perbelanjaan utk kem ni... Terima kasih sgt! Kem ni bername 'Kem Skuad Mumtaz 2012' (Cintakan Ilmu, Mantapkan Amal, Merintis Jejak Ulama' Agung)... Kem ni diadakan di De' Congkak Forest, Sg Congkak, Hulu Langat...

Kami bertolak lepas solat Jumaat... Dalam lebih kurang pukul 3 (sepatutnya)...Lepas Jumaat, semua kelam-kabut siap... Lepas tu kami ambik brg-brg kem spt yg diarahkan Us. Kash... Na'im yg pegang checklist... Dia check semua brg... Pastu baru kami angkat semua brg naik bas... Naik je dalam bas, Wali n Husni jumpe Us. Kash n Ust. Dayah... Derg bagitahu Us. n Ust. pasal Hafiz yg x nak pegi kem ni... Hafiz langsung x bawak baju utk pegi kem... Pasal baju kami x kesah... Kami banyak baju boleh bagi die pinjam... Yg pentingnye ialah semua FIR-4'S members pegi kem ni sekali sebab this is our first badge camping...Us. Kash jumpe Hafiz... Us. pujuk die... N lastly, he decided to join this camping... Hafiz naik je, bas terus gerak... Kitorg happy sgt... Ust. Nurul je yg naik bas dgn kitorg...


Posing dalam bas...

Na'im excited...

Sume nak masuk kamera...

Mase girls xde...

Sabar!

Budak2 pandai!


Us...

Na'im...

Minum!



Yakqub...
Kami gerak dalam lebih kurang pukol 3.30 ptg... Sampai je dkat Sg Congkak, kami da excited... Us. Kash bawak kami sampai ke hujung jalan... Us. Kash terlupa nak masuk simpang yg mane... So, semua u-turn... Lastly, Us. Kash jumpe simpang tu... Masuk dalam sikit je dah jumpe De' Congkak Forest... Kami pon turun bas n ambik semua barang... Barang-barang kem letak dekat dewan... Barang-barang kami letak dekat dorm masing-masing... Lelaki dapat Dorm Manggis... Perempuan pulak Dorm Cempedak(x pasti betol ke x)...

Selepas itu, semua pergi dewan... Macam biaselah... Ade majlis perasmian n simbolik penyerahan pelajar... Sepatutnye pelajar kena diserahkan kpd Fasi... Tp Fasi tak sampai lagi... So, peserta diserahkan kpd pengurus kem... Majlis ni disempurnakan oleh YDP PIBG SMA-MAIWP, Tuan Haji Mohd. Ritzaudeen Mohd. Tahir... 
Mc kite...

bersambung....